Sunday, 16 February 2020

nasihat propaganda kartun


Assalamualaikum semua.Apa khabar?
Abang ingin kongsikan tentang propaganda kartun.
Sumber:majalah Edisi

Kehidupan masyarakat kini yang terdedah dengan arus kemodenan menjerumuskan masyarakat kepada perkara yang boleh merosakkan akal fikiran dan personaliti secara tidak sedar.Perkara tersebut antaranya penulisan dan lukisan yang secara tidak langsung menjadi ancaman yang boleh merosakkan minda dan fikiran masyarakat.Kartun adalah merupakan elemen yang menjadi kemestian rutin harian untuk ditonton atau dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Kartun yang menampilkan watak-watak seperti animasi fiksyen berbentuk adiwira adalah menjadi kegemaran khususnya para pelajar sekolah dan kanak-kanak.Ianya memberikan kesan kepada personaliti ,tingkah laku,emosi dan fikiran mereka.Menurut kajian saintifik,penonjolan adiwira-adiwira lama yang dimodenkan menjadi pelbagai watak dengan  gaya dan jalan cerita baru sesuai dengan keadaan terkini  memberikan  kesan kepada psikologi semua lapisan masyarakat.Perkembangan ini tidak dilihat baik kerana menjadi contoh dan teladan ikutan melalui pakaian,peralatan persekolahan ,identiti  dan cita-cita.

Mengambil contoh animasi Alvin and the chipmunks,tupai kecil[chipmunks]memanggil nama ayahnya ‘Dave’ dan animasi Pickle and Peanuts yang sering menyebut perkataan dan membuat aksi lucah.Dalam contoh lain,watak Maruko dalam animasi Maruko Chan yang suka mendesak dan memaksa  ibu bapanya menuruti kehendaknya dan memberontak sekiranya tidak ditunaikan  permintaannya.Lebih parah lagi apabila kecenderungan kanak-kanak lelaki  meniru aksi ganas yang diperlakukan keatas kawan dan adik  beradik selepas menonton aksi-aksi yang dipaparkan dalam kartun tersebut.Manakala kanak-kanak perempuan  yang meningkat dewasa pula gemar memakai pakaian seperti gaun dan skirt meniru watak puteri  seperti Elsa dalam kartun ‘Frozen’Snow white dan cinderella.

Penjajahan fikiran ini sebenarnya merupakan suatu propaganda bagi mengalihkan  tumpuan manusia  semenjak  kecil lagi untuk meniru watak- watak  tertentu sebagai ‘role model’. Ianya bercanggah dengan tuntutan agama Islam  yang menekankan  asas pendidikan awal bagi golongan kanak-kanak adalah penerapan nilai-nilai akhlak mulia.Propaganda melalui kartun ini merupakan  kaedah baru bagi menjajah sesuatu negara,bangsa dan agama selepas berakhirnya peperangan salib dengan tidak perlu mengorbankan nyawa manusia  serta harta benda.idea ini dicetuskan oleh gerakan yang dikenali sebagai ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ dengan tujuan mereka menguasai dunia seperti slogan mereka”New World Older”.Gerakan ini telah mewujudkan syarikat seperti “Walt Disney”,”Metro Goldwyn Mayer”,”Paramount Picture Corporation”,”Warner Bros” dan lain-lain  bagi tujuan tersebut.

Ibu bapa dan para pendidik hendaklah memainkan peranan mengawal dan mencegah bagi memastikan generasi muda tidak rosak dan menjadi tunggak agama dan bangsa yang  boleh diharapkan.Pemilihan kartun animasi yang bersesuai adalah penting agar ianya dapat memberikan pengaruh  yang baik,menyumbang kepada pembentukan personaliti  dan bukan hanya semata-semata hiburan.Edisi.

Itu sahaja yang abang mahu kongsikan kepada semua.Yang baik datang dari Allah,yang buruk kemungkinan dari saya.Semoga berjumpa lagi,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment